Artikel Menarik

01 December 2013

Budak 13 Tahun Dicerai Boleh Sambung Belajar

Serdang: Kementerian Pendidikan tidak menghalang hasrat remaja perempuan, Nor Fazira Saad, 13, yang mahu menyambung pelajarannya selepas diceraikan dengan talak satu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kementerian tidak menganggap perkara itu sebagai isu besar dan bersedia membantu remaja terbabit.

“Kita akan memudahkan urusan untuk dia menyambung persekolahan dan mana yang boleh dibantu, kita akan bantu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.

Kita akan memudahkan urusan untuk dia menyambung persekolahan dan mana yang boleh dibantu, kita bantu” Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II

Semalam, akhbar melaporkan kenyataan bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, mengenai anaknya yang mahu kembali menyambung pengajian di sekolah kerajaan atau swasta dalam tempoh terdekat.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment