Artikel Menarik

01 December 2013

Fizo Omar Dituduh Bersentuhan Dengan Gadis Bukan Muhrim

Fizo Omar baru saja selesai mengikat tali perkahwinan bersama Mawar Abdul Karim. Dan agaknya mungkin kerana peminat merindui beliau, ada yang sekadar singgah untuk bertanya khabar dan tidak kurang juga yang sengaja beraksi sebagai ‘haters’ mengecam Fizo dengan pelbagai tohmahan.

Dan perkara ini terjadi kepada Fizo Omar. Gambarnya yang diambil bersama adiknya sendiri telah disalah anggap peminat. Dia dituduh bersentuhan dengan wanita bukan muhrim.

Namun bagi Fizo sendiri, beliau tidak melenting sebaliknya berbesar hati apabila peminat mengambil berat dan memberi teguran namun beliau meminta supaya setiap komen yang berunsur teguran haruslah tidak memalukan dan beradab.

Disebabkan itu, beliau telah mengemaskini status laman Facebook beliau yang panjang berjela untuk menjelaskan tentang perkara ini.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment