Artikel Menarik

01 December 2013

Model Baru Ganti Perodua Viva Tahun 2014

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengeluarkan model baru menjelang suku ketiga tahun depan dan dijangka mencipta pasaran baharu, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Kemungkinan rekaan asas diambil daripada Daihatsu Ayla.

Beliau berkata, Perodua akan terus menekankan dan melabur untuk meningkatkan kualiti, kos dan penghantaran model baru itu dan menjangka menjualnya pada harga yang paling mampu dimiliki.

Kemungkinan lain rekaan asas diambil daripada Toyota Agya.

Kereta yang bakal ditawarkan itu juga lebih efisien dengan dilengkapkan ciri keselamatan.

"Sama ada ia akan menjadi yang paling murah di pasaran, bergantung kepada masa, tetapi kami pasti akan mengeluarkan model yang paling cekap dari segi bahan api di kalangan model-model kami dan harganya sama dengan model termurah kami atau lebih rendah," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perodua di sini, Rabu.

Model asas Viva yang berada di pasaran kini berharga RM24,900 atas jalan raya.

Aminar Rashid berkata, Perodua telah menyelesaikan kajian daya maju untuk mengeluarkan kereta kompak sedan.

"Kami akan terus mengeluarkan kereta kompak dan memanfaatkan kekuatan kami sebagai pembuat kereta kompak," katanya.

Perodua juga telah melabur RM1.3 bilion untuk membina sebuah kilang baru yang akan mengeluarkan model terbaru nanti. Tapak kilang baru seluas 65,000 kaki persegi yang akan ditempatkan bersebelahan kilang pembuatan sedia ada di Sungai Choh, Rawang utara dan akan beroperasi pada pertengahan tahun 2014.

Kilang baru itu akan dapat menambah 100,000 unit kapasiti pengeluaran tahunan Perodua.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

3 comments:

  1. Bile keluaran viva baru tu akan keluar dipasaran???

    ReplyDelete
  2. kalu minat tapi mesti mampu beb. setakat minat sja ta jadi.. insyallah klu ade rezeki...

    ReplyDelete
  3. nampak lebih menarik... pasti byk pembeli!

    ReplyDelete