Artikel Menarik

02 December 2013

Ngangkung (2010) Full Movie - Tonton Online

Sinopsis Filem Ngangkung (2010)

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.

Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati?

Karyawan Filem Ngangkung

Penerbit: David Teo

Tahun: 2010

Pengarah: Ismail Bob Hasim

Pen. Pengarah 1: Ahmad Azlan Syah A. Rashid

Pen. Pengarah 2: Kartika Mohammad

Pengarah Fotografi: Indra Che Muda

Skrip: Panel MIG

Pengarah Seni: Ahmad Rusli Mohd Khadri

Kesan Khas: Ella Sandera

Pelakon:
Shaheizy Sam sebagai Azim
Azad Jazmin sebagai Tasnim
Angah Raja Lawak sebagai Hamidah
Eira Syazira sebagai Suri
Adik Farisya Fatin sebagai Wahida
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Bomoh
Mazlan Pet Pet sebagai Pendeta
Azlee Jaafar sebagai Doktor Sakit Puan


Ngangkung (2010) Full Movie (cerita penuh)
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment