Artikel Menarik

02 December 2013

Remaja Angau Toreh Tattoo Cinta Di Tangan

Selepas memuatnaik video cinta, berkongsi gambar manja bersama kekasih penulis rasa ini mungkin cara baru pula agaknya bagi remaja perempuan menunjukkan rasa cinta membabi buta mereka kepada kekasih.

Beberapa gambar remaja perempuan menoreh atau mencacah tangan sendiri sehingga berdarah kononnya mengukir nama kekasih hati mereka di atas kulit.

Penulis faham mereka ini tidak berduit henda mencacah Tattoo yang cantik yang berharga mahal sebaliknya hanya mampu berbuat begitu sehingga membahayakan diri mereka sendiri.

Tidak cukupkah kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri yang patut menjaga anak dengan baik sehingga nama budak lelaki entah mana entah yang dicacahkan ke tangan mereka.

Ada satu gambar sehingga sanggup mengelar tangan sendiri sehingga berlumuran darah tu apa cerita pula tu.

Remaja sekarang begitu menghargai cinta sehingga kekasih jadi sanjungan hebat sehingga melampau-lampau sampai sanggup menyakiti diri sendiri. - MyNewsHub
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment