Artikel Menarik

01 December 2013

Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013 Diumumkan Keluar

Tarikh rasmi bila keputusan PMR 2013 diumumkan keluar. Debaran kian terasa apabila Keputusan PMR akan diumumkan tidak lama lagi.

Keputusan tersebut merupakan penentu kepada segala usaha gigih setiap calon selama ini.

Selain itu, merupakan tiket untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM atau Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional dan setaraf dengannya. Berikut adalah tarikh dan cara semakan keputusan PMR 2013.


Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013 Diumumkan Keluar

Keputusan PMR akan diumumkan keluar pada minggu ketiga bulan Disember 2013. Apapun, tarikh rasmi akan diumumkan kelak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak kami akan kemaskini tarikh rasmi keputusan PMR 2013 dari masa ke semasa di laman ini.

Cara Semakan Keputusan PMR 2013 Guna SMS

Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: PMR 970310125879 hantar ke 15888

Kronologi Tarikh Rasmi Keputusan PMR

  • Keputusan PMR 2013: Minggu Ketiga Bulan Disember 2013 ( Tarikh rasmi akan diumumkan kelak)
  • Keputusan PMR 2012: 19 Disember 2012
  • Keputusan PMR 2011: 22 Disember 2011
  • Keputusan PMR 2010: 23 Disember 2010

Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon PMR 2013 dan dapat keputusan PMR yang cemerlang setanding dengan usaha anda.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment: