Artikel Menarik

03 July 2014

Isu Berkemban, Lisa Surihani Mohon Maaf

Aktres jelita Lisa Surihani memohon maaf kepada sesetengah pihak yang kurang senang dengan busana yang digayakan olehnya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.

Fesyen yang dilabel seksi oleh segelintir peminatnya menjadi kontroversi kerana pakaian itu melihatkan seolah-olah dirinya berkemban dan agak menjolok mata sehingga dicemuh oleh pengikut di laman sosial.

"Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf," ujarnya menerusi laporan Harian Metro.

Lisa juga menjelaskan dirinya tidak berniat untuk mencetuskan perasaan kurang senang kepada mana-mana pihak dengan pakaiannya itu walaupun mengakui agak selesa menggayakannya busana rekaan Alia Bastamam itu.

"Apa yang boleh saya katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya," jelasnya.

Dalam pada itu, isteri kepada penerbit dan pengarah filem Yusry Abdul Halim ini juga bersikap terbuka sekiranya ada yang sokong mahupun menentang penampilannya di khayalak ramai kerana itu merupakan lumrah sebagai seorang selebriti.

Namun, Lisa meminta supaya isu ini tidak lagi diperbesarkan dan tidak wajat dibahaskan kerana berpendapat benda tersebut sememangnya tidak perlu dipanjangkan lagi dan hanya cukup sampai di sini sahaja.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment