Artikel Menarik

29 April 2010

Apa Yang Korang Patut Buat Kalau...

Sekiranya korang adalah seorang yang yakin boleh, berani mengambik risiko, jiwa kacau, bersedia dan segalanyalah yang memenuhi tuntutan mental dan fizikal adalah di sarankan untuk mencuba tips kat sini. Semoga selamat.

Kalau Bini Mengamuk Dan Membaling Pinggan Mangkuk
Jangan tepis atau elak... apa barang. Sebaliknya cubalah sedaya upaya sambut dan tangkap, inilah pun masanya korang nak tunjukkan bakat terpendam korang tu.

Kalau Bini Korang Menangis Sambil Membebel Pasal Sikap Korang Yang Menyakitkan Hatinya

Tarik nafas, lepas... tarik nafas, lepas... ulang lapan kali lagi. Kemudian mula ketawa, buktikan yang korang bersedia untuk membuatnya gembira tika saatnya berduka nestapa.

Kalau Bini Korang Mengemas Kain Bajunya Bubuh Dalam Beg Dan Nak Blah
Jangan dok rayu-rayu, kawan tu dah nekad campur tension sekali tambah pula dengan hati panas, jadi tolong ler mana yang patut. Yakni tolong ambik dah bubuh kain baju dalam begnya.

Kalau Bini Korang Membebel Tak Berhenti
Kalau korang pekak boleh dikecualikanlah. Jangan dokmembatu kayukan diri tu... cubalah menjadi kreatif sedikit, korang boleh buat bunyi muzik latar apa.

Kalau Bini Korang Bersiap Lama Sangat
Jangan dok memebel dan membebel dan membebel, sebaliknya cubalah hidupkan enjin kereta dan tekan pedal minyak kuat-kuat sampai habis. Seminit, dua miniat, tiga minit pastu blah aje kalau masih tak keluar-keluar.

Jadi buatlah untuk membantu supaya tidak menyakitkan hati mereka... hahaha
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

5 comments:

  1. if buat mcm ni mkin bertambah sakit hati si isteri...huhuhu...


    slm kenal dari nabilah.. :)

    ReplyDelete
  2. cetttt hahaha..kalu bini kentot busuk camne

    ReplyDelete
  3. ahaha... blah je kalau tak kluar

    ReplyDelete
  4. ahaha,,, blah terus

    ReplyDelete