1) Sehari-hari takde lain, hanya pakai T-shirt yang ada gambar muka para penggusti idola.
2) Tiap kali bergaduh dengan bini mesti berakhir dengan smackdown.
3) Katil tidur dipasang jaring macam kelambu atau tali di sekeliling macam gelangang gusti.
4) Janganlah ada sesapa sahaja kacau masa tengah tengok rancangan gusti, memang saja cari penyakit.
5) Kena pecat dan punyalah tak puas hati terus cabar bos untuk bergusti.
6) Mengetahui teknik bertarung dengan hanya berguru dari menonton rancangan gusti.
7) Menyetelkan sebarang masalah dengan kengkawan dengan mengajaknya bergusti.
8) Menggoncang tangan dengan kuat semasa bersalam dengan kengkawan sambil merenung dengan pandangan ala-ala super kejam.
Wrestling memang sangat menyeronok dan meyakitkan orang ramai. HAHA! Kalau ada tanda-tanda di atas pada korang atau kawan-kawan. Baik jauh sedikit daripada kawan korang itu supaya tidak digusti oleh mereka.
saya tak suka gusti :P
ReplyDelete@ken - tak suka eh? kena suka2kan lah :P
ReplyDelete