Artikel Menarik

04 December 2010

Di Sebalik Cuti Sekolah

Cuti sekolah adalah hari yang paling ditunggu oleh bebudak sekolah, cikgu, kerani sekoah serta tukang kebun kerana diorang akan bercuti tapi ada juga perkara yang berlaku di sebalik cuti sekolah.

1) Datuk dan nenek di kampung akan mula dilanda kerasahan takut-takut mendapat panggilan telefon daripada anak untuk menghantar cucu-cucunya ke kampung dengan alasan untuk melepas rindu.

2) Para suri rumah tangga akan melompat girang dan mula membelek-belek majalah yang berkaitan dengan tempat-tempat pelancongan serta mula bertanya beberapa hari cuti tahunan yang tinggal kepada suami tercinta.

3) Ibu bapa mula berebut-rebut menempah khemah, kompang dan pelamin untuk mengkhawinkan anak diorang pada cuti sekolah walaupun anak diorang bukan budak sekolah.

4) Kesesakan jalan raya berkurangan disebabkan ramai yang beranggapan bahawa budak sekolah yang menjadi punca utama jalan sesak sedangkan budak sekolah takdak lesen memandu.

5) Terdapat banyak rancangan yang berunsurkan kartun di kaca televisyen yakni sama banyak dengan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu yang selalunya diorang buat-buat tak tahu.

6) Sekolah memandu, kelas menjahir dan kelas masak tidak terlibat langsung dengan cuti sekolah walaupun adanya cikgu, murid dan kelas.

Begitulah disebalik cuti sekolah ini, bermacam-macam perkara yang berlaku sehingga bermacam-macam benda pelik dan ajaib terjadi. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments: