Artikel Menarik

12 February 2011

Fakta Tentang Nyamuk

Bunyinya di waktu malam boleh menganggu tidur yang nyenyak. Di tambah pula gigitan yang mendatangkan gatal dan juga rasa tidak selesa. Kesannya membuatkan kulit kita terasa gatal sehinggalah meninggalkan alergi seperti kemerah-merahan. Malah lebih malang sekiranya gigitan tersebut membawa penyakit yang berbahaya seperti denggi dan malaria.

Jadi, jom kita lihat fakta-fakta yang menarik tentang nyamuk neyh!

1) Cuba teka! Nyamuk ada berapa kaki? Ya betul! Nyamuk mempunyai enam kaki!

2) Nyamuk jantan lebih ringan berbanding nyamuk betina.

3) Hanya nyamuk betina yang mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan itu.

4) Nyamuk suka warna hitam! Jadi jangan pakai baju hitam dan berada di tempat gelap untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk.

5) Nyamuk suka menyerang manusia ketika bulan penuh.


6) Nyamuk tidak boleh terbang tinggi. Ia cuma mampu mencapai sehingga 25 hingga 40 kaki sahaja.

7) Nyamuk sebenarnya tidak "makan" darah. Darah hanya diperlukan untuk memberikan protein kepada telur nyamuk sahaja. Nyamuk "makan" debunga, jus dan madu.

8) Sayap nyamuk berkibas sebanyak 500 kali sesaat.

9) Nyamuk tidak suka dengan angin kerana dengan badannya yang ringan membuatkan nyamuk hilang kawalan.

10) Nyamuk jantan boleh mengesan kedudukan nyamuk betina dengan hanya mendengar bunyi kibasan sayap.

11) Nyamuk memburu dengan menghidu! Haba dan karbon dioksida yang dihembu melalui pernafasan daripada badan mangsa mendoroang nyamuk untuk memburu mereka.

12) Cecair yang dirembeskan ketika menghisap darah menyebabkan kawasan kulit terasa kebas dan sehingga beberapa minit ia bertukar menjadi gatal.

Untuk menghindarkan daripada nyamuk, korang perlu fikir cara yang terbaik dan efektif daripada fakta-fakta ini! Ini betul-betul! Bukan main-main!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment