Artikel Menarik

19 February 2011

Jawapan Selamat SMS

Bukan sesaja tak nak balas tapi kerana ada sebab tertentu atau terlupa maka alasan lambat membalas mesti la relevan agar perhubungan tidak renggang. Bukan temberang atau menipu tapi berhelah sambil menutup kelemahan diri agar tak terdedah. HEHE!

KALAU YANG SMS ITU ADALAH EMAK ATAU AYAH
ALASAN : "Maaf la mak, ayah... henpon dalam beg tadi. Ni baru teringat nak call tapi emak dan ayah dah SMS dulu."
PADAHAL : Tidur sampai pukul 12 tengah hari pasal tuh lambat balas SMS ibu dan ayah.

KALAU YANG SMS ITU COUPLE
ALASAN : "Bateri henpon habis, charger pulak tertinggal kat opis. Ni baru lepas pergi ambik, lepas charge terus balas SMS awak."
PADAHAL : Keluar pergi tengok wayang dengan kapel lain, takut kantoi henpon diOFFKan.

KALAU YANG SMS ITU KAWAN SEJENIS
ALASAN : "Sori la, kredit aku takde nak balas, ni lepas topup baru boleh balas. Aku khabar baik, ko pulak macam mana?
PADAHAL : Time tu bukan takde kredit tapi asyik berbalas SMS dengan teman. So SMS kawan sejantina tak nak layan tapi bila dah boring baru sibuk cari member.


KALAU YANG SMS ITU KETUA PASUKAN
ALASAN : "Sori geng, petang tadi masa aku on the way nak pergi training ada orang kena langgar, betul-betul depan aku, jadi aku tolong hantar ke hospital. Henpon kat rumah tak bawak nak SMS bagi tau. Sori ye."
PADAHAL : Takde sapa pun yang kena langgar saja malas nak pergi training. Lepak kat rumah tengok DVD yang baru dibeli pagi tadi.

KALAU YANG SMS ITU ADIK BERADIK
ALASAN : "Tadi tu dalam bilik kuliah, henpon dalam silent mode, mana dengar nak angkat. Kalau dengar pun tak boleh angkat nanti kena rampas, SMS lagi la. Pasal tu la tak balas, ni balas pun pasal break 10 minit sebelum tukar pensyarah lain.
PADAHAL : Tak angkat dan tak balas SMS pasal tengah dating dengan kapel. Kalau adik beradik tau la tak pergi kuliah mau kena terajang.

Di atas ini diantara jawapan-jawapan untuk meloloskan diri daripada terkena dengan sesiapa melalui SMS yang tidak di balas serta merta. Kiranya macam cara nak hindarkan daripada kantoi, marah dan sebagainya!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. kalau aku, adik beradik msj tapi aku x balas xpyh bg alasan
    dorg tau dh alasan, 'aku abg sulong'

    haha

    ReplyDelete
  2. haha,,btul tu gabanMorka...

    ReplyDelete