Artikel Menarik

21 February 2011

Tak Salah Sekiranya Korang Hadiahkan

Kekadang nak pilih hadiah pun memingkan kepala, tak tahu nak pilih apa yang sesuai. Sebenarnya nak bagi hadiah ni kena ikhlas je... bagi la paa pun tau la seseorang tu nak memanfaatkannya bagaimana. Contoh yang paling famous dan terdekat ialah hadiah untuk awek.

RANTAI
Nak beli rantai emas memang la mahal. Tak semestinya korang kena bagi rantas emas, tak salah kalau korang bagi rantai basikal atau rantai motor. Nanti kalau tak digunakan boleh bagi bapak diorang untuk motornya.

KASUT
Nak membeli dan memilih kasut untuk perempuan memang korang susah punya nak mencari. Jadi tak salah jugak kalau korang hadiahkan kasut getah, pasal kasut ini bapak atau mak dia pun boleh guna untuk pergi motong getah.

BUKU RESIPI
Daripada korang hadiahkan novel tak salah kalau korang hadiahkan buku resipi. Walaupun buku ini takde guna untuk awek korang tapi emak diorang boleh guna untuk masak.


KAIN BATIK
Ramai awek zaman sekarang ini memang tak reti pakai kain batik. Kalau korang hadiahkan memang bagus tapi kalau diorang tak guna pun tak kisah pasal emak diorang ada nak gunakan kain batik itu.


BOLA
Tak salah bagi makwe hadiah bola. Memang la dia bukan pemain bola tapi korang yang kaki bola. Walaupun diorang tak guna tapi adik lelakinya boleh guna kat padang waktu petang ngan korang.

IKAN
Leceh kan kalau ada pakwe yang bagi ikan. Tak salah kalau tak suka, bagi je pada yang suka membelanya. Kalau tidak bawak ke dapur dan siang untuk dibuat lauk. Nak best, pelawa pakwe korang makan nasik kat rumah korang dan hidangkan untuk diorang.

BAJU KELAWAR
Tak suka takpe... potong cantik-cantik jadikan kain perca. Jahit dengan kain-kain lain kkemudian jadikan selimut atau pengelap kaki dengan pintu. Cantik... tak caya cubalah buat.

Korang jangan ingat benda yang dihadiahkan nampaknya simple tiada berguna dan tidak berharga langsung pada diri korang. Cuba korang memanfaatkannya dengan betul-betul dan menghayati apa benda yang boleh dibuat dengan hadiah yang pelik ini! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. kalau sesetengah orang, kalau kite bagi buku resepi, benjol la kepale tu

    ReplyDelete
  2. @hazari. - haha... kena baling dek buku resipi!

    ReplyDelete