Artikel Menarik

12 May 2011

Di Sebalik Masa

Demi masa... sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Terjemahan satu surah yang selalu kita dengar tentang masa yang tak pernah menunggu atau berundur. Di sebalik masa ada sesuatu yang korang renung dan menung. Nak tahu apa dia? Jom kita baca di bawah ini...

1) Walaupun peribahasa ada menyebut masa itu emas tapi ianya tiada terjual di mana-mana kedai emas, dipajak di kedai pajak dan diragut oleh peragut serta masa jugak tidak pernah dijadikan untuk hantaran perkahwinan.

2) Adakala masa akan ditunggu-tunggu iaitu pada hari-hari tertentu. Selalunya masa akan terbuang bila menunggu awek bersiap tapi tak pula akan membuang awek itu.

3) Korang juga selalu mengejar masa sebelum disusuli dengan pekikan bos dan diselang-seli dengan acara balingan fail, sedangkan masa tidak pernah masuk mana-mana acara larian.

4) Walaupun masa dekat dengan korang yakni dipakai sebagai jam tangan atau digantung di dinding tapi korang sering kali lambat dan pura-pura lupa pada masa yang dijanjikan.

5) Masa dan kawan-kawan tak dapat dipisahkan cuma ia berubah mengikut keadaan. Masa korang senang, ramailah kawan dan masa korang susah, susah juga untuk kawan-kawan nak berkawan.

6) Masa yang diberikan olehNYA ada 24jam sehari tapi korang hanya meluangkan masa kepadaNYA tidak sampai 20 minit dan korang sering menrungut tak cukup masa 24 jam sehari semalam.

Jadi, masa itu sungguh berharga dan jangan membazir begitu sahaja! Hargailah masa selagi ada! HAHA! Ingat tuh!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment