Artikel Menarik

14 June 2011

Cinta Itu Buta

Banyak ungkapan untuk sebuah perkataan cinta... Antaranya "cinta itu buta". Diistilahkan ia buta, orang tak nampak kesucian cinta yang sebenar. Kat sini dinyatakan akibat bila orang bercinta tak tau menilai sebuah cinta.

CINTA ITU BUTA bila korang dikaburi dengan perangai baik si dia. Tengah hangat bercinta segala apa yang datang daripadanya elok belaka, bila hati dah terluka barulah terasa nak bagi kaki kat muka dia.

CINTA ITU BUTA bila segala harta dikongsi bersama, masa senang segalanya berdua. Bila salah sorang dah jatuh papa kedana, masa itu lah korang merana sorang-sorang tanpa ditemani seseorang.

CINTA ITU BUTA bila jiwa dan raga semurah harga seekor ikan laga, nafsu bergelora! mulalah buat benda yang jatuhkan air muka keluarga. Bila mahkota diri boleh dijual beli, pergi tengok dalam longkang mesti ada bayi.

CINTA ITU BUTA bila ada yang sanggup lari dari keluarga nak mengejar cinta sejati la kononnya sehingga lupa yang bersusah payah membesarkannya. Bila sedar itu semua mainan cinta baru, sibuk nak cari saudara mara.

CINTA ITU BUTA bila agama dah jatuh nombor dua. Segala lafaz yang keluar dari mulut pasangannya benar belaka hingga sanggup membelakangkan penciptaNYA. Bila dapat bala baru terbuka mata... bersegeralah bertaubat sementara pintunya masih terbuka untuk sesiapa yang terasa sahaja.

Begitulah cinta, ada cinta sejati ada cinta nak main hati dan juga cinta geli-geli. Semua itu hanya sekejap sahaja, kerana cinta yang Maha Esa itulah cinta yang kekal abadi setiap masa.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 comments:

  1. cinta memang buta..
    lagi2 kalu org yg bcinta 2 x nampak chaya dah!!
    2 yg hentam krono je.. he..he

    ReplyDelete
  2. @sobri yaacob - aih! lain mcm ja bnyi.. koh3

    ReplyDelete
  3. cinta itu umpama roda... betul ke? haha...

    ReplyDelete
  4. @Mr Rileks - cinta x macam roda.. hidup ja macam roda.. lol

    ReplyDelete
  5. kawan lagi penting dari cinta :D haha

    ReplyDelete
  6. @alyaclumsy - yes! tepat skali! kawan biar beribu... cinta biar satu!

    ReplyDelete
  7. dlu pernha buta kerana cinta. skrg lebih matang menilai cinta :) tq :)

    ReplyDelete
  8. @EZAN IDMA - sama juga disini!

    ReplyDelete
  9. yeah! tepat sekali...cinta memang BUTA! ha3..like seribu kali dis entry.. =)

    ReplyDelete
  10. @-ApPLe SoURz- - haha.. tq2.. jenguk2 la lagi..

    ReplyDelete