"Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum..."
Antara lirik lagu yang ada kena mengena dengan senyum, bukan susah pun nak senyum tapi kita tetap payah nak senyum. Dan ada apa pula di sebalik senyum itu yer?
1) Bila hanya senyum dengan orang tertentu sahaja, kalau dengan bos lagi-lagi cepatlah dia. Memang nampak sangat senyumannya itu senyuman bermakna... senyum ampu namanya.
2) Bila senyum hanya di depan kamera, itu pun pasal nak bagi laku album dia. Kalau tak jangan harap apa-apa dari dia, bila dah popular muka kita tak dipandangnya... itu senyuman tak ikhlas namanya.
3) Bila senyum ada masa, yakni bila muka dia ada kat poster. Ditampal penuh di jalan raya, mengharap undi memihak pada dia. Segala janji dia akan kota, bila berjaya jangan janji dilupa ya... senyum politik pula namanya.
4) Bila senyum hanya dengan si dara, licin dahinya, putih gebu kulitnya. Walaupun anak dah berderet keliling dia, tutur kata manis bicara... itulah senyum gatal namanya.
5) Bila senyum hanya dengan si kaya, makin kaya makin lebar senyumnya. Idamkan projek berjuta-juta harganya, tidak dipandang pada si miskin hina. Senyuman itu kompom senyum ada makna.
6) Bila senyum itu terbit setelah ditegur, selalunya terjadi depan mertua. Lagi teruk kalau tak dapat balik kampung dia, mulalah muka masam mencuka, terus digelar senyum paksa.
Senyumlah untuk senaman muka dan mudah sahaja untuk senyum kepada sesiapa tanpa dipaksa. Jangan kerana tidak senyum, pergaduhan bersengketa di merata-rata. Ingat itu!
ada satu senyum..tiap2 hari keluar paper...
ReplyDeletesenyum kambing
@mr.X - haha! yg tuh senyum ada makna! keke!
ReplyDeletesenyum bermacam-macam ek..
ReplyDeletejgn senyum kerang busuk sudah
@khairul akmal azman - haha! itulah!
ReplyDeletesenyum ta perlu kata apa-apa :D
ReplyDelete