1) Pakaian selalu kena dijaga. Walaupun nak pergi buang sampah kat depan rumah tetap kena bersiap mengalahkan nak pergi kenduri kahwin. Bukan apa... takut orang kata buta fesyen dan paparazi tunggu dekat luar.
2) Fikir lapan kali kalau ada member ajak lepak minum di gerai-gerai. Takut diserbu peminat yang nak mintak tandatangan atau kononnya jatuh standart walaupun baru menang undian SMS yang diundi sendiri.
3) Walaupun dapat jemputan menghadiri majlis doa selamat dan kenduri arwah akan tetapi terpaksa ditolak kerana perlu menghadiri majlis anugerah popular walaupun dah memang tak akan menang.
4) Segala percakapan harus dijaga. Walaupun ingin berkata jujur tapi harus akur dengan permainan dunia hiburan. Salah cakap saman, keluar berita dan menghiasi kulit depan majalah.
5) Baru tanya nama dah digosip bercinta, baru tak keluar makan sekali dah dituduh bercerai-berai, baru senyum sikit dah dituduh menggatal. Lepas itu jenuh nak buat sidang akhbar macam dalam dunia ini dah takde cite lain.
Bukan tak boleh jadi artis, cuma artis ini terlalu sibuk pun ada, terlalu relax pun ada (takdak kontract). Jadi, memang susah jadi artis ini... nampak je senang... dalaman sapa tahu!
sangat payah :P
ReplyDeleteweh semp0i la bl0g ang..
ReplyDeleteley ajaq aku na.. hehehe
k0tak2 kat ats tu ang wat cmna??
yg ada h0me,ttg aku tu..
ajaq aku weh..bl0g aku xstyle..
aku bru wat hehehe
dah kata artis kan
ReplyDeletesaham kene jaga maaa !
nanti peminat larik .
kuikui :P
@syaimz - memang payah!
ReplyDelete@fifi - boleh ja!
@missunguviolet - betul tuh! nanti jatuh saham tak laku! :D