Artikel Menarik

07 July 2011

Cara-Cara Nak Berjimat

Sekarang barang dah mahal, belanja makin meningkat tapi pendapaptan belum tentu naik. Kat sini aku bagi tip-tip pada korang semua cammana nak berjimat. Lelebih lagi pada yang bercita-cita nak mendirikan rumah tangga, menambah rumah tangga atau menambah isi rumah tangga.

1) Sekiranya rutin korang hari-hari gosok gigi tiga kali sehari sekarang korang gosok sekali sehari je. Kalau seminggu sekali lagi bagus, jimat ubat gigi.

2) Syampu jugak boleh dijimatkan sekiranya korang hanya bersyampu sebulan sekali atau guna syampu kereta. Mintak sikit kat tukang cuci kereta itu, mesti dia kasi punya.

3) Sekiranya makan tiga kali sehari, korang tetap boleh makan tiga kali sehari jugak dengan cara... nasik sepinggan itu dibahagi tiga bahagian untuk pagi, petang dan malam.

4) Guna elektrik bila perlu je untuk mengurangkan bil. Hidup ala tahun 60an ke 70an.... jangan guna alat letrik, segala aktiviti rumah dilaksanakan di waktu siang je, malam tidur.

5) Sekiranya korang suka bershopping, korang tetap jugak boleh bershopping dengan cara window shopping atau shopping time tengah bulan.

6) Korang basuh baju sebulan sekali dengan mesin basuh atau basuh guna berus tangan. Takpun lepas pakai gantung cantik-cantik balik dalam almari dan pastikan baju yang digantung itu tidak busuk atau hapak.

7) Sekiranya sebelum ini hari-hari pergi kerja naik kereta, korang tukar naik motor. Nak jimat lagi naik basikal atau jalan kaki je, gerenti tak keluar duit.

8) Sekiranya runtin harian mandi tiga kali sehari dengan doploh gayung, korang try mandi sekali sehari dengan lapan gayung je. Bergelen air korang boleh jimat.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments:

  1. ini bukan dah berjimat dah ni..
    ni dah kedekut..hehehe :)
    SEBAGAI RENUNGAN

    ReplyDelete
  2. @SRenungan - haha! kedekut jugak sikit2.. koh3..

    @AdaApe..? - haha.. musti! jimat itu kan amalan mulia!

    ReplyDelete