1) Walaupun daun tidaklah secanggih telefon pintar dan tidaklah sehebat kereta yang korang miliki akan tetapi dengan daunlah membuatkan kita boleh terus bernafas kerana daun yang mengeluarkan oksigen dan bukannya kologen.
2) Ada jugak daun yang boleh dimakan sama ada dimasak atau dibuat ulan tapi pastikan korang kenal pasti terlebih dahulu daun yang boleh atau tidak boleh dimakan. Rumput dan lalang bukanlah kategori daun, lainlah kalau korang yang dikategorikan sebagai haiwan herbivor.
3) Daun terup tidak sama sekali ada kena mengena dengan dauk pokok. Daun pokok tumbuh semula jadi tapi daun terup diperbuat dari kertas.
4) Daun pintu dan daun tingkap tidak boleh dijadikan sebagai bahan yang menyedapkan atau menyelerekan masakan kerana gigi korang tak sehebat gigi anai-anai.
5) Daun boleh dipelbagai gunakan antaranya dibuat sebagai hiasan atau boleh juga dijadikan bahan membungkus makanan. Membungkus nasi lemak menggunakan daun kari adalah tidak digalakkan.
6) Rokok daun tidak sepopular rokok-rokok yang sedia ada, akan tetapi ia akan menjadi pilihan ramai bila mana harga rokok biasa mencech harga makanan di restoran segera.
Di sebalik daun terungkap pelbagai-bagai erti dan pelbagai-bagai macam infomasi yang memang terbaik..
No comments:
Post a Comment