Artikel Menarik

28 October 2011

Di Sebalik Kaca Mata


Ada yang pakai kerana gaya, yang terpaksa ada juga. Berbagai bentyk dan rupa. Ada jugak yang gila mengumpulnya, tak kurang juga sekadar suka-suka. Apa pun niat si pemakainya, tempatnya hanya satu iaitu di mata dan ada apa di sebalik kaca mata?

1) Kalau tak pakai tak macho katanya, Walaupun harga beberapa sen cuma, kelihatan segak macam la tulen bendanya, padahal eli satu percuma dua. Dihebahkan macam harga nak meminang si anak dara. Itu kategori nak bergaya sahaja.

2) Kalau tak pakai habis meraba, bukannya buta tapi rabun sahaja. Tak kira rupa, tak kira harga... bila dipakai cerah penglihatannya tapi kalau masih meraba juga memang penampar la jawabnya.

3) Kalau tak ada bersama tak keruan hidupnya. Kena ada di sisi atau di depan mata, mana taknya harganya sama dengan harga kereta. Kalau duduk bersama tiada topik dibicara hanya harga dan kaca mata sahaja. Cis! Memang niat nak berlagak rupanya.

4) Seminggu sekali bertukar rupa... kejap bulat, kejap petak pula. Letak pulak merata-rata, kat celah mana ada saja ia, nampak sangat harga tak seberapa. Tu yang tak kisah bila terambik oleh member, nih kategori saja-saja, pakai okey tak pakai tak bagi apa-apa makna.

5) Ada yang cari makan dengannya, mata celik dikatakan buta. Singgah di kedai makan mintak seringgit dua, dihular pula tisu cuma, apa nak jadi dengan golongan ini ya? Sampai terlupa dosa dan pahala.

6) Ada jugak yang pakai bila terpaksa kerana nak cover. Bila surat khabar, berita semua cerita dia kena tangkap khalwat dengan janda anak dua, mulalah tercarik-carik kat mana kaca mata. Konon tak nak orang kenal akan dia, malangnya member sekampung cam jugak dari rupa bentuknya.

Macam-macam kisah kaca mata atau dikenali sebagai spek kalau korang nak tau! Sampai aku pon tak larat nak bertaip dan bercerita. Korang fikirlah sendiri tentang apa yang ada. Semoga korang memperoleh apa yang ada...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment