Raya tahun ini hendak dikatakan terlampau gembira tidaklah juga dan nak dikatakan terlampau tidak gembira bukan juga. Aku raya dnegan bersederhana sahaja dan segala pakaian dan peralatan raya tidaklah terlalu semuanya baru. Gunalah selagi mana yang ada dan mampu. Jikalau tidak mampu kita faham-fahamlah sendiri dan jangan terlampau ingin semuanya baru.
Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini aku telah kehilangan seorang rakan sekelas aku di Politeknik Seberang Perai kerana berlakukan eksiden di atas highway semasa arwah ingin pulang ke kampungnya Bruas, Perak. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya di atas jalan raya atas sedikit daripada Perhentian Alor Pongsu. Al-fatihah untuk arwah Izwan Kamal Bin Osmaniah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang beriman. Amin..
Pada hari ini pula selepas subuh aku dikejutkan pula bahawa abang aku kemalangan di jalan raya Seremban semasa ingin pulang balik ke Johor selepas beraya bersama keluarga aku di Pulau Pinang dan juga Taiping. Nasib baik dia tidak apa-apa dan semuanya selamat. Kemungkinan masih trauma dan sebagainya. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku lagi. Amin...
Semoga kepada semua yang ingin balik ke tempat masing-masing yang ingin memulakan pekerjaan, pengajian dan sebagainya. Diharapkan pulangkan dengan selamat dan jangan tertekan kerana cuti raya sudah habis. Apa-apa pun yang dimana memandu di jalan raya, jikalau mengantuk, slalah rehat di perhentian dan dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalan anda itu. Dan dimana menunggang motorsikal, sila berhati-hati dijalan raya dan janganlah berlumba dan menghambat masa. Perlahan-lahan janji sampai dan jangan tergopoh-gapah...
Diharap semua selamat sampai hendaknya... Amin..
sama lah kita..cuti dah abis...selamat masuk belajar pulak;p
ReplyDeletehehe.. tuh la.. ase sekejap jerk =.="
DeleteAl-fatihah utk rakan anda.....
ReplyDeleteBerhati2 di jln raya sempena raya ni
al-fatihah.. amin.. terima kasih..
Deletebtol2. bnyak gler kmlngn aritu tgk spnjng nk blik kmpung. kne btol2 be careful plus be careful... hee =)
ReplyDeletebe carefull.. pandu dengan berhemah dan bukan untuk berlumba.. XD
Deletealfatihah utk arwah...baik2 balik tempat ngaji..belajaq elok2..hehe..
ReplyDeleteterima kasih peco2x.. hehe :D
DeleteJemputan rasmi buat anda…
ReplyDeletePromosi sikit……hehehe
Dijemput sertai segmen saya ini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html