1) Bazar-bazar ramadhan kelihatan lengang. Peniaga dan pembeli boleh dikira.
2) Majsid-masjid sentiasa penuh semasa solat tarawih. Makin nak raya makin penuh.
3) M.C. dan surat akaun gastrik tidak menjadi rebutan.
4) Dalam semak, dalam stor tidak kelihatan lagi orang memonteng puasa.
5) Kedai kain, tukang jahit dan kedai jual kuih raya tidak mendapat sambutan.
6) Kurma dan bubur lambok tidak laku.
7) Berita dan surat khabar tiada laporan mengenai putus anggota badan gara-gara main mercun.
8) Juadah semasa berbuka hanyalah air kosong sahaja.
9) Tiada lagi alasan apabila diajukan soalan tentang qiamullail dan sahur serta jawapan "miss" diberikan.
10) Para perokok tegar meninggalkan terus tabiat merokok selepas bulan puasa.
11) Yang paling ajaib.. tiada iklan mengiurkan yang ditayangkan di TV mahupun di hotel-hotel. Bulan tidak puasa tidak pulak diorang buat iklan-iklan macam ini!!!
Keajaiban ini dapat dilihat pada bulan puasa dan ramadhan sahaja tanpa perlu dilihat pada hari-hari lain. Dan keajaiban ini lagi menyerlah jikalau benda-benda di atas ini semuanya tidak berlaku. Jadi fikir-fikirkanlah sendiri...
No comments:
Post a Comment