Anda diberikan cuti selama tiga hari, apakah yang anda akan buat?
A) Pergi bercuti
B) Bermalas-malasan di rumah
Siaran TV langsung tidak best, nak tukar remote TV rosak. Apakah anda buat?
A) Bangun, dan tukar siaran lain.
B) Tidur dan biarkan TV terpasang.
Anda berjanji untuk masak pada hari jadi isteri anda. Apakah yang anda masak?
A) Tidak masak, bawa isteri makan di luar.
B) Anda buat lawak, masak air sahaja.
Anda kehabisan seluar dalam, apakah anda buat?
A) Beli yang lain.
B) Ambil pakai seluar dalam kawan (pinjam).
Tempat yang praktikal untuk bershopping (membeli-belah)?
A) Tempat membeli-belah (Shopping Complex)
B) Beli secara atas talian (Online)
Nyamuk kenyang atas tangan isteri, apa yang anda akan buat?
A) Cepat-cepat tampar.
B) Biarkan sahaja.
KEPUTUSAN : Jika jawapan anda keseluruhannya A, kadar kemalasan anda tidak la terlalu melampau dan masih boleh diperbaiki. Sebaliknya, jika semua dijawab B, kemungkinan anda ini memang seorang pemalas dan balogh liat yang teramat sangat sehinggakan sudah tahap cipanzi dan tahap bagan yang paling teruk di alam semesta dan seangkatan dengannya.
No comments:
Post a Comment