Adakalanya menjaga aksesori saduran emas ini agak remeh, memandangkan warnanya cepat luntur sedangkan anda masih sayang dengan aksesori anda itu. Alangkah sayangnya apabila mahu memakai aksesori itu kembali untuk dikenakan dengan baju yang sepadan, tiba-tiba anda mendapati aksesori anda itu kehilangan warna atau luntur warna emasnya. Berikut merupakan panduan bagaimana anda boleh menyimpan aksesori saduran emas anda dengan kemas dan tahan lama.
1. Gunakan kain lembut
Gunakan kain lembut seperti kapas dan tisu untuk membuang minyak atau kotoran daripada peluh yang melekat di atas aksesori anda selepas anda menggunakannya sebelum menyimpannya di dalam bekas aksesori anda. Jangan gunakan kain berbulu kasar yang boleh menyebabkan aksesori anda tercalar.
2. Rendamkan ke dalam air
Rendamkan ke dalam air untuk beberapa minit, dilap dan kemudian disimpan. Untuk menghilangkan debu-debu kecil celup ke dalam air sabun suam yang kadar PHnya rendah, keringkan sebelum disimpan.
3. Jangan gunakan peluntur
Usah gunakan bahan peluntur untuk menanggalkan kekotoran pada aksesori anda. Begitu juga sekiranya anda membuat kerja seperti membasuh pinggan, tanggalkan dahulu aksesori anda kerana ditakuti saduran emas itu mudah rosak. Tanggalkan aksesori anda apabila berkebun, membuat kerja pembaikian, mengangkat berat, bersukan dan berenang.
4. Elak terkena losen
Elak terkena losen, minyak wangi, bahan kimia atau sebarang alkohol.
5. Simpan di dalam kotak
Simpan aksesori di dalam kotak atau dibalut dengan tisu. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara terus dan haba yang tinggi.
No comments:
Post a Comment