Sebagaimana yang kita tahu, ramai perokok yang mahu berhenti daripada merokok namun ia tidaklah semudah yang disangka kerana rokok menyebabkan ketagihan. Untuk berhenti daripadanya memerlukan semangat yang kuat.
Perokok yang mahu berhenti merokok harus datang ke klinik kounseling bagi mendapatkan nasihat dan motivasi dari pihak klinik. Untuk berhenti merokok, individu tersebut perlulah memilih hari di mana terdapat paling sedikit stres supaya stres tersebut tidak menyebabkannya mencari semula rokok.
Pada waktu mula hendak berhenti merokok, individu tersebut haruslah membuang segala rokok, bekas rokok dan paip rokok supaya ia tidak mengingatkannya semula kepada rokok dan sekurang kurangnya menyukarkannya untuk merokok.
Perokok yang mahu berhenti dari merokok harus memberitahu kawan kawan dan saudara mara mereka bahawa mereka sudah tidak mahu merokok lagi supaya setiap kali ia mahu merokok kembali, niat itu boleh terhalang kerana malu kepada rakan rakan dan saudara mara.
Individu yang mahu berhenti dari merokok juga harus pandai menolak ajakan rakannya untuk merokok walaupun hanya sebatang rokok.
Ubat bantuan berhenti merokok
Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunya dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah.
Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok. Sumber dari Wikipedia menyatakan: "As a partial agonist it both reduces cravings for and decreases the pleasurable effects of cigarettes and other tobacco products. Through these mechanisms it can assist some patients to quit smoking.".
Amfebutamone (Bupropion): Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%.
No comments:
Post a Comment