Artikel Menarik

12 December 2013

Cinta Mat Semperit (2013) Full Movie - Tonton Online


Sinopsis Movie Cinta Mat Semperit (2013)

‘Cinta Mat Semperit’ mengisahkan tentang Kak Lola (lakonan Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya.

Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman). Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola.

Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Arian dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel.

Pada mulanya Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani.

Bagi mendapatkan motosikal idaman, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola. Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola. Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula kisah cinta Ariel dan Ariani?

Barisan pelakon handalan seperti Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, hasil skrip nuklilan Azlina Pa’wan dan terbitan Primeworks ini pada hari Selasa, 15 Oktober 2013 jam 10.00 malam hanya di TV3!

Kategori : Telemovie / Telefilem



Cinta Mat Semperit (2013) Full Movie (cerita penuh)
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment