Artikel Menarik

04 December 2013

Kecewa Bil Elektrik Naik Mendadak

Nor Mazalan menunjukkan perbezaan yang ketara bil elektrik bagi bulan Oktober dengan November apabila bacaan meter dalam tempoh 45 hari.

TUMPAT – Penduduk di Kampung Kedemit di sini kecewa dengan perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari menyebabkan bayaran bil elektrik meningkat bagi bulan November.

Penduduk, Nor Mazalan Ab Ghaffar, sepatutnya bacaan meter dalam masa 30 hari dan kelewatan ini menyebabkan bil elektrik bagi bulan November di rumahnya tinggi kerana dikira pada tarif kedua, ketiga dan keempat yang dicaj berlainan kadarnya.

“Apabila lewat bacaan meter itu menyebabkan penggunaan unit melebihi 300 kWj pada bulan tersebut.

“Semua maklum untuk 200 kWj dicaj sebanyak 0.218 sen/kWj, manakala untuk lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.334 sen/kWj dan lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.40 sen/kWj,” katanya.

Menurutnya, bagi pengguna yang menggunakan lebih 400 kWj mereka terpaksa membayar mahal bil elektrik kerana dikira pada kadar 0.40 sen/kWj.

“Sepatutnya perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya pihak TNB membuat bacaan meter dalam tempoh 30 hari.

“Disebabkan masalah ini bil elektrik pada bulan November di rumah saya dicaj RM140 sedangkan untuk bulan sebelumnya hanya RM80.

“Saya juga hairan dengan pengiraan bil elektrik TNB sekarang ini, kenapa blok kegunaan elektrik ini dipecah-pecahkan kepada tiga hingga empat unit penggunaannya dan dicaj dengan kadar harga yang berbeza,” kata Nor Mazalan.

Bagi Hatijah Sulaiman, 45, dia terkejut menerima bil elektrik bulan November kerana dicaj sebanyak RM140 berikutan bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari.

Menurutnya, kebiasaannya bil elektrik di rumahnya dicaj sebanyak RM70 hingga RM80 dan disebabkan kelewatan bacaan meter itu dia terpaksa menanggung bil elektrik yang mahal.

“Bagi orang kampung yang sekadar cukup makan, saya rasa terbeban, apatah lagi bulan ini terpaksa menyediakan pakaian anak-anak sekolah kerana tidak lama lagi sesi persekolahan baru akan dibuka,” jelas Hatijah yang mempunyai 10 anak.

Sementara itu pihak TNB ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pada November TNB dalam proses kemas kini jadual bacaan untuk semua pengguna di Tumpat menyebabkan hampir keseluruhan tarikh bacaan meter bertukar.

“Ini hanya untuk bulan November sahaja dan untuk bulan seterusnya jadual bacaan meter hanya dalam 28 hari hingga 31 hari,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun bagi bulan Disember bil elektrik pengguna lebih murah kerana jumlah hari berkurang dan pihak kami memint
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment