Perkara itu diumumkan pihak Versace di dalam laman sosial Twitter dengan melahirkan rasa bangga dapat berkerjasama dengan pelantun lagu "Applause" itu untuk kempen "Spring Summer" 2014 nanti.
Menurut jenama terkemuka dari Itali itu, Gaga dipilih selepas dilihat mempunyai gaya dan imej Versace iaitu kreatif, eksperimental dan berani yang mana beliau sememangnya terkenal dengan gaya berani dan pelik setiap kali muncul membuat persembahan.
Selain itu, sesi fotografi Lady Gaga, 27, juga akan dilakukan jurugambar terkenal iaitu Mert Alas dan Marcus Piggott. Dengan terpilih selaku wajah baru ini pasti Gaga akan lebih menjaga kelakuan kerana dia akan membawa nama jenama produk terkenal itu di mata masyarakat khususnya.
No comments:
Post a Comment