Robert Knowles
Dibicara tiga kali setahun, bergiat sejak 1959
LONDON : Seorang lelaki Britain digelar 'juara' mencuri kerana ditahan buat kali ke-334 selepas didapati keluar daripada sebuah pasar raya tanpa membayar terlebih dulu.
Robert Knowles, 66, secara puratanya dihadapkan ke mahkamah tiga kali setahun sejak 1959.
Dia gembira berada di penjara kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar. Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap” Alan Harris, Peguam bela
Knowles melanggar undang-undang begitu kerap hingga pendakwa raya tidak ingat keseluruhan kesalahannya.
Hakim diberitahu, Knowles melakukan kesalahan supaya dihantar semula ke penjara. Penangkapan terbarunya membawa kepada kesalahan kali ke-200 kerana mencuri.
Knowles mula mencuri sejak usia 13 tahun dan ditahan Rabu lalu kerana mencuri dua kotak cokelat dari pasar raya Thorntons, Plymouth.
Seorang pengawal keselamatan melepaskannya tetapi memberi amaran selepas mendapati Knowles makan cokelat itu yang berharga £13 (RM65).
Selepas itu, Knowles memasuki satu lagi pasaraya dekat situ dan membawa keluarga makanan berharga £26 (RM130) menyebabkan pekerjanya menghubungi polis.
Pada 2011, Knowles mengaku mencuri dua botol wiski, beberapa jam tangan dan stokin berharga £279 (RM1,395) daripada sebuah lagi pasar raya.
"Dia gembira berada di penjara tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar.
"Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap," kata peguam bela, Alan Harris.
Pihak berkuasa perundangan juga tidak mempunyai semua rekod kesalahannya kerana agensi pendakwaan hanya ditubuhkan pada 1986.
Knowles yang tidak berumah mula dihantar ke pusat pemulihan pada usia 13 tahun dan terus-terusan mencuri serta masuk mahkamah 186 kali atau sekali setiap tahun sejak 1959.
Hakim Nadine Fletcher menghukum penjara Knowles selama dua bulan selepas dia mengaku salah.
Orang lain yang ada rekod lebih teruk daripada Knowles ialah Harry Hankinson, 64, yang menyalahkan 501 jenayahnya berpunca daripada pukulan di kepalanya pada 1970 yang dikatakan mengubah personalitinya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment