Artikel Menarik

08 December 2013

Mawar Putih Tanda Perpisahan (2013) Full Movie - Tonton Online


Sinopsis Filem Mawar Putih Tanda Perpisahan (2013)

Mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi. Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya kini sunyi tanpa sesiapa di sisi.

Pak Mail,jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin untuk mengahwini anaknya Dahlia yang baru saja menduduki SPM.Alasannya dia mahu meringankan beban yang ditanggungnya. Sudin setuju dengan permintaan pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia. Pada awalnya Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa sahaja asalkan Dahlia bahagai. Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak,mengemas dll. Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima suaminya.

Suatu hari, Dahlia menerima khabar dari orang kampung yang Sudin hilang di laut dan botnya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung. Namun tiada berita tentang Sudin mahupun mayatnya dijumpai.
Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu Sudin setiap hari ditemani dengan diari suaminya yang ditulis dalam Jawi. Dahlia tidak memahami apa yang ditulis,memandangkan dia tidak pandai membaca Jawi.

Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan. Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada.

Saksikan kesudahannya..bagaimana Dahlia meneruskan kehidupannya tanpa Sudin-suami yang dicintainya.

Mawar putih tanda perpisahan arahan Bade Hj Azmi,terbitan Suhan Movies.
Drama lakonan Rosyam Nor dan Nad Zainal,Ruminah sidek,Omar Abdullah,Tok wan. Telemovie ini akan ditayangkan di Astro Box Office channel 952 sepanjang bulan Mei.

Watak:
Rosyam Nor sebagai Sudin
Nad Zainal sebagai Dahlia

Kategori : Telemovie


Mawar Putih Tanda Perpisahan (2013) Full Movie (cerita penuh)
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment: