Doriano Romboni
Rom: Penunggang Itali, Doriano Romboni maut selepas dilanggar penunggang lain dalam acara yang dianjurkan untuk mengingati bekas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli yang terbunuh, juga dengan situasi agak sama dua tahun lalu.
Simoncelli maut di Grand Prix Malaysia pada 2011 selepas dilanggar dua penunggang lain, seorang daripadanya ialah rakan senegara, Valentino Rossi.
Mula bersama Aprilia
Romboni, 45, diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital di selatan Rom, Latina selepas insiden itu berlaku ketika sesi pemanas badan dalam acara Supermoto, perlumbaan yang turut disertai pelumba ternama lain termasuk bekas juara dunia, Max Biaggi.
Romboni, bapa kepada tiga orang anak berlumba pada tahun 1996-97 bersama Aprilia dalam kategori 500cc yang ketika ini dikenali MotoGP selain pemenang enam kali kejuaraan 125cc dan 250cc selain pernah beraksi di perlumbaan Superbike Dunia.
“Ketika masih kecil, saya membesar dengan menontonnya berlumba, dia penunggang yang hebat,” kata bekas juara Superbike Dunia dari Amerika Syarikat (AS), Ben Spies dalam laman Twitter. "Takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya.” - Reuters.
No comments:
Post a Comment