"Saya tahu kalian semua tidak sabar menunggu nama Islam saya umumkan.
"Sepertimana yang dijanjikan, saya sendiri akan mengumumkan nama Islam saya di sini (Facebook) selepas aya mengucap syahadah nanti dan bila waktunya telah tiba, iaitu pada atau selepas 3 Julai (5 Ramadan).
"Buat masa sekarang, saya menyeru agar anda semua jangan percaya pada mana-mana sumber media yang sengaja membuat cerita tentang nama saya bagi melariskan atau mempopularkan berita mereka," tulisnya di laman sosial Facebook-nya.
Dalam pada itu, Felixia berkata, dia hanya pernah mendedahkan nama akhirnya yang bakal dipilih iaitu Rania ketika dalam program televisyen baru-baru ini.
Sementara itu, Felixia dalam status di Facebook-nya turut berkata, dia akan membuat satu laporan polis mengenai akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya untuk menjejaskan nama baiknya.
"Taka pa lah. Saya akan buat laporan polis esok pasal akaun palsu Twitter yang gatal melayan semua lelaki itu."
No comments:
Post a Comment