Artikel Menarik

Showing posts with label akan datang. Show all posts
Showing posts with label akan datang. Show all posts

11 December 2013

Penanggal (2013) Full Movie - Tonton Online


Sinopsis Movie Penanggal (2013)

Penanggal mengisahkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) yang dibela oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan.

Mak Ajeng, yang mengamalkan ilmu hitam, terpaksa menyerahkan saka penanggal miliknya kepada Murni pada saat kematiannya. Bagaimanapun, akibat diburu penduduk kampung, Murni terpaksa melarikan diri ke hutan.

Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Hampir dibunuh penduduk kampung, Murni kemudian diselamatkan Syed Yusoff (Azri Iskandar).

Kematian Anom Merah ketika melahirkan anak, akibat diserang penanggal turut menimbulkan kemarahan si suami, Jiwa (Yus Waisar).

Syed Yusoff pula cuba menjejaki Murni sehingga ke tengah hutan. Kehilangan Syed Yusoff merisaukan adiknya, Syed Umar (Zul Ariffin) serta tunang Syed Yusoff, Sharifah Zahrah (Fasha Sandha). Mereka dan orang kampung cuba mencari lelaki itu sehingga tengah belantara sebelum menemui pondok didiami Murni.

ARAHAN: Ellie Suriaty
PELAKON: Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Datuk Sharifah Aini
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd dan Grand Brilliance
Kos: RM2.1 juta
Tarikhtayangan:Mulai 28 November 2013

NANTIKAN AKAN DATANG!


Penanggal (2013) Full Movie (cerita penuh)
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 December 2013

Kisah Paling Gangster (2013) Full Movie - Tonton Online


Sinopsis Movie Kisah Paling Gangster (2013)

Mengisahkan Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...

Pengarah : Brando
Penerbit : B & L Kreatif Sdn. Bhd.
Genre : Aksi, Drama
Tarikh Tayangan : 21 Nov 2013
Artis : Shaheizy Sam, Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal

AKAN DATANG

Kisah Paling Gangster (2013) Full Movie (cerita penuh)
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Papadom 2 (2013) Full Movie - Tonton Online


Sinopsis Movie Papadom 2 (2013)

Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang.

Saadom yang bersendirian di Pulau Pinang mula merasakan hidupnya kosong kerana Mia terlalu sibuk bekerja sehingga jarang pulang ke kampung dan menghubunginya. Saadom cuba menghubungi Mia untuk melepaskan rindu tetapi panggilannya tidak berjawab. Hanya suara Mia dari peti pesanan suara dapat mengurangkan sedikit kerinduannya terhadap Mia. Saadom turut mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Mia dan dinding-dinding di rumahnya penuh dengan gantungan keratan-keratan akbar yang telah dibingkaikannya.

Rakan-rakan Saadom yang singgah melawat di restoran turut bertanya mengenai perkembangan Mia di Kuala Lumpur kepada Saadom. Kerinduaan Saadom semakin memuncak terhadap anak kesayangannya itu apabila melihat anak-anak rakannya masih lagi melepak dan meluangkan masa bersama mereka. Saadom mula merasa sedikit kesal kerana membiarkan Mia bebas berseorangan di Kuala Lumpur tanpa jagaannya.

Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak. Saadom memeluk anaknya dan bertanya apa yang telah berlaku kepada Mia dan Mia memberitahu kepada bapanya yang dia telah bergaduh dengan kekasihnya. Saadom cuba untuk mencampuri urusan percintaan anaknya itu tetapi dihalang Mia. Saadom turut bertanya kepada Mia siapakah kekasih hati anaknya itu tetapi Mia tidak mahu memberitahu kerana dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya kepada Saadom. Mia memberitahu Saadom lelaki ini yang bakal dikahwininya nanti.

Sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya, Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Salah seorang dari lelaki ini bekerja sebagai eksekutif yang berjaya, seorang lagi penerbit filem dan seorang lagi pelakon popular. Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia. Saadom turut menyamar untuk menyiasat aktiviti social 3 orang lelaki ini. Setelah membuat kesimpulan dan hipotesisnya sendiri mengenai lelaki yang paling sesuai untuk anaknya, Saadom bersiap sedia untuk memberitahu Mia.

Suatu hari semasa Saadom mahu memberitahu Mia lelaki yang sesuai dengan anaknya itu, Mia telah memberikannya kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom. Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. Lelaki itu bukan sahaja kelihatan terlalu jauh beza umurnya dengan Mia malah merupakan seorang duda yang mempunayi seorang anak dan Saadom terasa sedikit kecewa dengan pilihan Mia.

Saadom kembali menyamar dan menyiasat latar belakang kekasih hati Mia. Satu hari semasa dia mengekori lelaki itu ke rumah, dia mendapati terdapat seorang gadis muda di rumah itu menyambut kepulangan kekasih Mia dengan sangat mesra. Saadom membuat kesimpulannya sendiri bahawa kekasih Mia tidak boleh dipercayai dan hanya memperalatkan perempuan muda untuk melempiaskan nafsunya. Saadom cuba memberitahu dan meyakinkan Mia mengenai perilaku kekasih Mia. Mia mulanya tidak mahu mempercayai kata-kata bapanya tetap akur dan berpisah dengan kekasihnya walaupu dia sangat sedih dan tidak sanggup melepaskan kekasih hatinya itu.

Kekasih Mia datang berjumpa dengan Saadom menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan menerangkan perasaan sebenarnya kepada Mia. Saadom tersedar akan kesilapannya dan mula mencari jalan untuk dan menyatukan kembali anaknya dengan lelaki itu.

Kategori : Movie / Filem

Tarikh Tayangan : 12 December 2013

AKAN DATANG

Papadom 2 (2013) Full Movie (cerita penuh)
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 December 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 20 - Tonton Online




Playboy Itu Suami Aku Episode 20 (dua puluh)
Drama Slot Akasia TV3
Tonton Online
Free Download / Muat Turun Percuma


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!