Artikel Menarik

20 October 2009

Kerja kuat.. Kerja bijak..

Antara kerja kuat dan kerja secara bijak.. kedua-duanya memang tidak bagus kalau niatnya kalau tidak betul..

Kerja Kuat Mengutuk
Orang yang kerja camni memang hari-hari dok kutuk pekerja lain macam semua orang tidak tahu buat kerja, serba-serbi tidak kena. Orang macam ini yang selalu berdamping dengan bos sebab dia nak tahu prestasi para pekerja tapi dia tidak tahu yang kat belakang dia pun dok kena kutuk kaw-kaw punya. Padan muka boss..

Kerja Kuat Membodek
Setakat bodek ala kadar senyum tawar mana la nak berjaya. Buat aa pun kena buat bersungguh-sungguh baru ler tercapai cita-cita. Kalau orang cium tangan korang cium kaki.. Kalau orang hulur bantuan korang hulur dengan rasuah serta duit kopi sekali.. Ada berani??

Kerja Bijak Mencuri
Korang kalau mencuri tanpa pakai otak orang pandang rendah tapi kalau korang mencuri secara kreatif, innovatif serta komprehensif maka anda akan disanjung tinggi.. Kalau kena masuk mahkamah pun keas ditutup sebab tidak cukup bukti dan korang dianggap tidak bersalah.. Tapi tunggu la kat akhirat kelak..

Kerja Bijak Menipu
Tidak guna belajar tinggi-tinggi kalau ilmu itu digunakan untuk menipu.. Kalau bodoh orang tidak akan tertipu, sebab bijak sangat ler ramai yang tipah tertipu.. Kena pulak zaman sibertron ini, lagi senang hidup orang-orang bijak pandai ini..

Kerja Kuat Buat-Buat
Kerja kuat tidak guna juga kalau bos tidak nampak, sebaliknya kalau bos korang nampak korang asyik kerja kuat sepanjang masa walaupun entah hapekejadahnya yang korang buat pun dia tidak tahu maka korang akan mendapat ganjarannya.. Ini Baru dikatakan bijak, bijak menipuu..


Jadi buatlah kerja bersungguh-sungguh serta berdedikasi.. jangan terlalu mementingkan diri sendiri serta untuk mendapatkan keuntungan sahaja.. tahu la korang mengaji tinggi tetapi jangan menipu di dalam bisnes serta apa-apa kerjaya sekali pon.. sebab sekali korang menipu, jikalau kantoi.. orang tidak percaya sudah!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 comments:

  1. hoho. so the moral of the story. wt kerja btul2. xmau mls2 k. aha. aku pon sme =P

    ReplyDelete
  2. melakukan pekerjaan dengan baik,.. dan selalu berusaha semaksimal mungkin,.
    semangat,.

    ReplyDelete
  3. kalo keje kuat bijak bole tak??

    ReplyDelete
  4. jd , klu mls sgt pon nk buat kje kan, g mampos jela..hahah...
    xde la smpai mcmtu, at least rjin2 r buat kje..haha

    ReplyDelete
  5. @cybernetic88 - haha.. jangan malas! nanti naya diri sendiri

    @Ganex Ni'am - ye.. betul itu.. kerja yang baik dilakukan dengan baik..

    @chokio_nia - boleh sangat-sangat.. huhu.. tapi tahu apa yang dibuat lah..

    @asma mohd shamir - haha.. gi mampos kan senang.. susahkan idop orang je.. hehe.. rajin2 macam asma kan? hehe

    ReplyDelete
  6. gila kerja..huhu cam aku jugak. ahaks..

    ReplyDelete
  7. haha...macam2 kerja ada kan? tapi yang aku ingat kalau tak silap dari J.Paul Getty (orang kaya U.S-ntah zaman bila ntah) dia kata bangun pagi, kerja kuat dan jumpa telaga minyak..Dia ni pun Jutawan minyak.lol

    http://simplyzoel.blogspot.com
    http://miniparfums.blogspot.com
    http://zoelhilmi.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. keje ikhlas pun kene belasah gak...huhu

    selalunyer kaki ampu gak yg dipandang...huhu

    ReplyDelete
  9. Yang penting apa saje yang kita buat untuk majukan diri sendiri janganlah tabur pasir kat periuk nasi orang...
    Kerja biar ikhlas barulah berkat dunia dan akhirat...kan adik shakroil, semoga sukses selalu

    ReplyDelete
  10. salam..
    saya mau kerja rajin2.. hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  11. konklusi nyaa..
    sila buat kerja yee..
    haha..

    ReplyDelete