Artikel Menarik

15 March 2011

Cara-Cara Awek Marah

Aku bukan nak kata atau mengata hal perempuan yang berstatus awek atau makwe tapi ini adalah fakta dan berlaku pada sorang bergelar makwe ketika melepaskan perasaan marah diorang mengikut lokasi.. jom kita baca dan lihat...

TAMAN BUNGA

Kalau di taman bunga, biasanya sorang makwe akan petik bunga termasuk daunnya sekali sampai nak botak pokok bunga tuh. Nasib baik tak dicabutnya pokok itu sekali.

DALAM KERETA
Bila dalam kereta diorang akan padang cermin luar sebalah kiri sambil mengetatkan muka dan mulut muncung. Kalau ada kereta kat sebelah yang bawak budak-budak kecik, diorang akan takutkan budak tuh sampai buat memek muka yang agak menakutkan dan menyeramkan.

DI PUSAT MEMBELI BELAH
Kalau di pusat membeli belah ini diorang akan jalan lebih laju daripada pakwenya sambil toleh-toleh sikit tengok sama ada pakwe diorang follow atau tidak. Dah sampai jauh sikit dia berenti dan merungut-rungut... sebenarnya minta dipujuk tuh!

ATAS MOTOR
Masih sempat untuk bergaduh. Si makwe akan duduk jauh sikit ke belakang sambil peluk tubuh sendiri. Kalau si pakwe brek, diorang tak cakap apa pun... cuma akan kawal dirinya daripada tersentuh.

KEDAI MAKAN
Kat kedai makan pun sempat jugak nak bergaduh. Si makwe banyak kuis-kuis makanan, lebih banyak minum air. Makan tak luak dan perut tu rasa kenyang je... marah punya pasal.

LAIN-LAIN LOKASI
Di lain-lain lokasi ni... mungkin stesen bas, panggung wayang. Yang pasti kalau ada perempuan lain cuba mengorat atau merampas pakwenya tau pulak cemburu. Diorang sanggup memberi warning, menyerang waima bergaduh tarik-tarik rambut.

Jadi, kepada jejaka atau pakwe korang mesti paham akan keadaan awek atau makwe korang marah itu! Cuba kaji dan kaji! Jangan marah-marah balik plak! Nanti awek atau makwe korang tuh lari! Siapa susah... apa punn tak dapat... yang dapat mengulit kenangan! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. lawak gila kalau leh cabut pokok. kahkah

    ReplyDelete
  2. @sara - haha.. biasalah tuh!

    ReplyDelete