Artikel Menarik

02 October 2013

Chatbox Banyak SPAM

Sebelum ini jarang sekarang melihat SPAM Chatbox seperti Cbox yang aku menggunakan sekarang ini. Jikalau tiada orang blogwalking satu blog dan ke satu blog meninggalkan kesan pasti tiada SPAM Chatbox yang kita dapat.

Semua SPAM yang dihasilkan mendatangkan keuntungan buat mereka iaitu dengan pengiklanan 8Share yang menggunakan link untuk menjana duit (daripada syarikat SAYS) dan ingin mengaut keuntungan yang lumayan dan kerja senang dan ada juga daripada ChurpChurp iaitu pengiklanannya dikenali sebagai Nuffnang yang aku sedang gunakan di dalam blog ini untuk iklan..

Jadi, terasa macam buang masa sahaja hendak meletakkan chatbox di dalam blog kerana dipenuhi dengan SPAMMER sahaja dan bukannya oleh orang yang datang melawat ataupun Blogwalking.

Kenapa SPAM ini wujud? Kerana kita biasa masuk di dalam website Ping Malaysia ataupun daripada sumber memana yang memaparkan website dan website ataupun blog kita di kumpul linknya untuk dilakukan SPAM oleh orang yang pakar di dalam bidang ini dan membuat SPAMMING di seluruh blog yang disenaraikan mempunyai link di dalam senarai mereka.

Jadi cara paling senang untuk hindari SPAM ini ialah dengan membuang Chatbox dan juga hanya komen sahaja yang menampakkan jelasnya orang yang asli serta tulen sahaja yang melakukan posting yang betul.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. yup betul.. chatbox tidak releven lagi pada masa kini.. haha itu sebab blog aku dh takde fb sejak tahun 2011.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya.. betul tuh.. serupa takdak apa efek dah.. huhu

      Delete