Artikel Menarik

03 October 2013

Mr Bean Sudah Masuk Agama Islam?

BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson. - Sinar Harian

Adakah berita ini benar dan ada kebenaran ataupun sumber bukti yang kukuh mengatakan Mr Bean sudah masuk Agama Islam? Jikalau benar Alhamdullilah kerana Mr Bean iaitu nama sebenarnya ialah Rowan Atkinson telah memeluk Agama Islam dan jikalau tidak kenapa ada yang membuat cerita ini? Sengaja? atau sebaliknya dan mempunyai agenda? Itu semua masih dalam persoalan.

Apa-apa pun semoga berita ini benar sahih kerana terdapat saudara baru untuk Islam yang sangat terkenal dan terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam. Amin.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment