Artikel Menarik

26 October 2011

Alasan Macam Relevan Sebab Lambat Masuk Pejabat Tetapi

Balik-balik alasan streotaip, balik-balik alasan streotaip... manalah bos tak boring. Cuba kreatif sikit, bikin sense of humour bak kata omputih, barulah hidup sentiasa hidup dengan ayat yang tersentap itu.

1) Masa dalam perjalanan datang pejabat, ada gajah mengamuk... tuh yang lambat, jem trafik dibuatnya, tuh pun nasib aje kereta tak kena pijak.

2) Ayam jantan mak habis kena baham dek ular sawa, dan jadik hal pulak saya nak kena cari dan tangkap ular sawa yang makan ayam jantan mak tuh.

3) Mati-mati ingatkan hari ini cuti umum, kemudian baru terperasaan yang kalender tu hari bulan lepas punya, lupa nak carek,

4) Dah datang awal dah , semua orang pulak dok gelak semacam. Rupanya terpakai kain batik daa... seluar lupa nak sarung, tuh yang balik rumah, tukar balik pakaian tuh.

5) Jam loceng buat hal pulak, jam dinding memang ada tapi bukan ada bunyi. Ayam jantan mak pun langsung tak berkokok (rujuk nombor 2)

6) Lif rosak, terpaksa panjat tangga sampai dua puluh tingkat. Dah sampai kat opis baru perasaan bila masa pulak pejabat kat sini, kan ke kat bangunan rumah kedai sebelah, tingkat dua aje;
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment