Artikel Menarik

28 April 2012

Mengisi Masa Lapang

Sempena hujung minggu ini, mari kita merehatkan diri dan minda kita daripada segala masalah yang hadir sebelum ini dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang telah melanda diri kita supaya fikiran dan minda kita tentang dan tidak serabut yang mampu membuatkan kita menjadi gila sebentar.

Apakah tujuan aku membuat entri ini? Tidak ada kena mengena dengan sesiapapun mahupun BERSIH 3.0 yang sedang berlaku pada hari ini iaitu bersamaan dengan 28/4/2012 atuapun 28 April 2012 iaitu jatuh pada hari sabtu ini dan sekarang ini bukan aku inginkan cerita mengenai BERSIH 3.0 ini ok.

Kita berbalik pada tajuk kita pada hari ini, hari ini ataupun esok iaitu hari ahad merupakan hujung minggu teramat sesuai anda mengisi masa lapang anda itu keluarga serta membuat isi aktiviti yang menyeronokkan untuk bersama dengan keluarga sahaja supaya dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

Kemungkinan ada yang balik kampung pada hujung minggu ini dan untuk para pekerja yang ingin balik kampung dimana kampung halamannnya begitu jauh. Mesti meminta cuti pada hari Isnin ini kerana pada hari Selasa bersamaan degan 1/5/2012 ataupun 1 Mei 2012 merupakan hari cuti iaitu Hari Pekerja. Jadi mereka boleh meneruskan cuti tersebut sehingga pada Hari Pekerja tersebut.

Selain daripada itu, pada hari minggu ini pula. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti lain iaitu seperti membersihkan dan mengemas rumah atau kawasan-kawasan di sekeliling rumah supaya nampak balik seri rumah tersebut setelah sibuk bekerja dan tiada masa untuk membersihkan rumah.

Jadi, jangan membuatkan masa dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah dan jikalau anda mempunyai masa lapang. Luangkan bersama keluarga tersayang dan juga rehatkan diri anda secukupnya supaya pada hari-hari berikutnya anda mampu pergi ke mana-mana sahaja dengan rasa segar dan tenang daripada segala masalah...

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. hari ni rehat2 je kat bilik.. memandangkan semalam ad program abis kul 12mlm.. ho3.. esok dh kuliah balik.. :) semoga ceria2 selalu ek... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe . mesti letih kan ? ok . semoga ceria jugak emma :D

      Delete