Artikel Menarik

25 May 2012

Tanda Seorang Yang Kuat Bekerja

Disini ada beberapa tanda anda merupakan seorang yang kuat bekerja dan jikalau tidak ada satu pun yang sama dengan diri anda maka tanpa perlu berfikir panjang, sahlah anda tidak tergolong sebagai seorang yang err... seperti tajuk di sebelah ini iaitu tanda-tanda seorang yang kuat bekerja...

1) Mempunyai dua, tiga kerja extra ataupun kerja lebih yang dibuat part time ataupun sambilan selepas waktu bekerja biasa ataupun normal... bukan kerana nak cari pendapatan lebih ataupun apa-apa sahaja tetapi sebab anda suka melakukannya.

2) Kawan-kawan semua sudah lepak dekat rumah layan anak cucu tetapi anda masih tidak terfikir pun hendak berhenti kerja, lagi nak sambung kontrak kerja adalah.

3) Sedih dan pilu mengalahkan anak yatim nestapa "Lela Majnun" bila tengok jam sudah nak habis waktu bekerja... kalaulah masa boleh berhentikan bagus.

4) Ada bini, anak pun berderet bolehlah tahan tetapi langsung tidak boleh ingat masa bila berkahwin... sedar-sedar tengok anak sudah besar panjang.

5) Motto hidup anda adalah berbunyi seperti ini, "Hidup untuk bekerja" bukannya "Bekerja untuk hidup".

6) Berasa sangat stress ataupun tekanan pula apabila hari cuti... memang tidur tidak kenyang, makan tidak basah, mandi pun tidak lena dibuatnya. Hah, memang sah sangat stress ataupun tekanannya itu sampai tidak perasan langsung.

Jikalau anda ada ciri-ciri ataupun tanda-tanda di atas ini, memang sah anda merupakan seorang yang kuat bekerja sehinggakan anda lupa akan diri sendiri tentang perkara lain dan hanya anda ingatkan ialah bekerja dan bekerja sahaja sehingga akhir hayat tetapi tidak kaya-kaya pun! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

6 comments:

  1. Hahaha, hidup untuk bekerjaa, rasa sedih bila dah nak habis office hour ? Perghh ! Entri terbaiklahh ;]

    ReplyDelete
  2. bgus blog ni...bnykk info..dtg sni folo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe . terima kasih . datanglah lagi ;)

      Delete
  3. hidup untuk bekerja,lebih terdengar seperti penjajahan wkkwkwk >< :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . betul tuh . hidup untuk bekerja . dan bukannya bekerja untuk hidup . huhu !

      Delete