1) Lelaki pula yang akan menjadi penyambut tetamu apabila berada di pejabat dengan gaya yang akan ganas dan lain macam.
2) Akan lambatlah barangan sampai sebab tunggu mereka ini bersiap pun makan masa berjam-jam ditambah pula dengan kepanasan berada di jalan raya dan selalu memberhentikan motorsikalnya di tempat yang sejuk supaya make-up tidak cair.
3) Tiada istilah mat rempit sebab wanita terkenal dengan sifat kesopanan di jalanan sambil selalu mengikut peraturan lalu lintas.
4) Akan lambat sekali lagi kerana wanita jarang tahu jalan-jalan pintas / short cut dan mencelah-celah kereta ketika di jalan raya yang agak sibuk.
5) Aktiviti ragut juga dapat dikurangkan kerana kecekapan membawa motorsikal wanita yang akan mendahului daripada lelaki.
6) Tiada lagi kendengaran bos berskandal dengan secretary tetapi mungkin lepas ini bos akan berskandal dengan despatch pula.
7) Gelaran mat rempit dan segala mat juga perlu dibubah kepada minah rempit atau segala panggilan mat kepada minah yang selalu ditujukan kepada mat-mat ini.
Jadi tidak hairanlah jikalau despatch wanita maka bermacam-macam perubahan akan berlaku di sekeliling dengan pelbagai-bagai benda diluar jangkaan akan berlaku. Oleh itu, tidak semua wanita yang berperangai macam ini dan kemungkinan sesetengah sahaja dan itupun disebabkan sifat semula jadi. Kadang-kadang ada juga sesetengah lelaki tidak pandai mencelah-celah ataupun cilok ketika membawa motor. HEHE! Apa-apa pun, jikalau despatch wanita maka bermacam-macam benda di luar pemikiran otak kita untuk memikirnya akan berlaku kerana selalu despatch semuanya lelaki.
Humor yang menarik. Patut dikongsikan bersama orang ramai.
ReplyDeletePetua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah