Artikel Menarik

02 June 2012

Bahasa Mahkamah

Mahkamah ialah tempat dimana seseorang itu mendapat keadilan berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Daripada itu, segala keterangan yang diberikan mestilah mempunyai bahasa yang tinggi dan beradab. Segala perkataan untuk mempertahankan dan untuk menyatakan ialah mempunyai bahasa sendiri iaitu digelar bahasa mahkamah kerana bahasa yang digunakan adalah untuk memperjelaskan setiap perkataan dan hujah yang ingin disampaikan tanpa sebarang keraguan yang muncul. Anda ingin tahu apakah bahasa mahkamah tersebut? Mari baca di bawah ini sehingga habis...

MENIMBULKAN KERAGUAN MUNASABAH
Abu menimbulkan keraguan munasabah kepada guru kelasnya apabila memberi alasan untuk tidak hadir ke sekolah kerana nenek bersalin pada tengah pagi tadi.

MEMFAIL PERMOHONAN
Kak Abu memfailkan pemohonan untuk bekerja di syarikat import dan eksport itu dengan menghantar resumenye dalam fail sebagai permohonan berserta gambar berukuran passport.

SABIT KESALAHAN
Jika sabit kesalahan, abang Abu boleh dikenakan hukuman kerana dengan sengaja menyorokkan dua bilah sabit tukang kebun sekolah biarpun hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakan.

SEBUTAN SEMULA
Adik Abu yang baru berusaha setahun diajar melakukan semua perkataan yang diucapkannya supaya ianya lancar dan tidak kedengaran seperti nyanyian penyanyi rap yang begitu laju.

MEMBERI KETERANGAN
Ayah abu memberi keterangan kepada pihak TNB tentang masalah bekalan tenaga elektrik yang terputus tiba-tiba di rumah, dipercayai berpunca daripada kehadiran surat merah.

Kemungkinan terdapat lagi selain daripada atas ini. Untuk keterangan lanjut bahasa mahkamah ini lebih kurang macam bahasa rasmi seperti di Malaysia ini untuk bahasa rasmi ialah Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu. Yang diterangkan di dalam mahkamah perlu menggunakan bahasa rasmi secara baku dan seketul-seketul supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dan ketidakfahaman diantara hakim dan semua orang yang berada di dalam mahkamah tersebut.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment