Artikel Menarik

01 June 2012

Tips Untuk Perjalanan Jauh

Seronok hendak berjalan-jalan menghabiskan cuti bersama keluarga atau bersama dengan teman-teman? Jangan lupa baca panduan-panduan serta tips yang sesuai sebelum dan semasa ingin memulakan perjalan jauh. Ditambah pula masa musim cuti sekolah ini dan hujung minggu, pasti ramai keluarga serta semua orang telah bersiap sedia dan merancang untuk membuat perjalanan jauh untuk bercuti dan sebaliknya...

1) Janganlah bawa barang banyak-banyak sampai penuh satu kereta. Segala barang dapur habis anda bawa, kain baju macam pergi tidak balik-balik dah ke tempat asal.

2) Periksa kereta sebelum memulakan perjalanan, bukan setakat keadaan fizikal kereta sahaja tetapi keadaan anda dan keadaan duit dalam poket anda dan beg dompet anda turut diambil kira.

3) Paling penting anda memang sudah tahu hala tuju ke mana anda hendak pergi bercuti, jangan main redah sahaja. Ada juga nanti yang kena bercuti dalam kereta gamaknya.

4) Pilih masa yang sesuai, jangan pula anda pergi masa musim banjir semata-mata nak elak kesesakan lalu lintas tetapi kalau kereta anda itu dengan pelbagai guna boleh berubah jadi bot laju, silakan.

5) Jikalau anda naik pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta sewa ataupun lain-lain, sila ikut jadual yang diberikan dan jangan ikut suka hati anda sahaja. Lainlah kalau syarikat pengangkutan awam itu anda yang punya, lantak anda hendak buat apa pun.

6) Pastikan anda cukup tidur dan rehat yang secukupnya. Jangan pula anda nak uji ilmu kebatinan anda itu dengan cara membawa kereta sambil menutup mata dengan rapi.

7) Kalau perjalanan ke luar negara, eloklah anda periksa dulu cuaca kat negara yang anda hendak pergi itu. Kalau tidak, muka anda akan keluar surat khabar sebab pergi Antartika pakai seluar pendak nanti.

Oleh itu, sila jadikan tips dan panduan untuk perjalanan jauh ini dengan sebaik mungkin supaya anda pergi bercuti atau kemana-mana sahaj dengan selamat dan balik juga dengan selamat tanpa mengalami sebarang petanda buruk. Jadi rancanglah perjalanan anda dahulu sebelum anda bergerak daripada tempat anda tinggal itu supaya semuanya berjalan dengan lancar dan selamat dan segala halangan yang dirempuhi dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas tanpa perlu ada masalah yang lain berkait-kait. Akhir sekali, selamat bercuti buat semua!


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. HEY, dah masuk bulan 6? azam untuk bulan june apa ? jom share dekat sini nak tahu juga azam korang, hehe.. btw nice blog:) http://onetwothree-and4.blogspot.com/2012/05/1-june-2012.html

    ReplyDelete