KALAU BINI MENGAMUK DENGAN MEMBALING PINGGAN MANGKUK
Cuba sedaya upaya untuk menyambut dan tangkap pinggan mangkuk yang dibaling tersebut. Tindakan ini akan menyerlahkan kejantanan anda.
KALAU BINI ASYIK AJAK MEMBELI-BELAH SAHAJA
Jangan tolak permintaan mereka itu, cuma tukar tempat membeli belah / shopping yakni dari pasaraya besar ke kedai runcit. Membeli belah / shopping jugak itu.
KALAU BINI KECEWA DENGAN SIKAP ANDA YANG MENYAKITKAN HATINYA
Tarik nafas, lepas... tarik nafas, lepas... ulang lapan kali. Kemudia ketawa, buktikan yang anda bersedia untuk membuatnya gembira ketika dia berduka nestapa.
KALAU BINI ANDA KEMAS KAIN BAJU NAK BALIK KAMPUNG RUMAH MAK DIA BILA GADUH
Jangan duduk rayu-rayu, tolonglah kemas kain bajunya sekali mana yang patut ke dalam begnya.
KALAU BINI BELUM SEDIA NAK ADA ANAK LAGI
Okeykan sahaja tetapi nyatakan anda dah lama bersedia menjadi ayah dan sanggup kahwin lsatu lagi untuk penuhi hajat itu.
KALAU BINI MEMBEBEL TIDAK HENTI-HENTI
Jangan duduk membatu, kayukan diri itu... Cubalah menjadi kreatif sedikit, anda boleh buat bunyi muzik latar sedikit.
KALAU BINI BERSIAP LAMA SANGAT
Jangan duduk membebel, membebel dan membebel... sebaliknya hidupkan enjin kereta dan tekan pedal minyak kuat-kuat sampai habis. Seminit, dua minit, tiga minit... selepas itu jalan sahaja kalau dia masih tidak keluar.
Begitulah tips untuk suami yang sangat berguna kepada semua para suami dan bakal suami kelak dan jangan gunakan tips ini selalu pada isteri / bini dan bakal isteri / bini anda kerana dikhuatiri akan ada masalah yang sebaliknya pula akan datang tetapi jikalau anda mempunyai hati yang kering dan terlampau kering-kering sangat sampai anda merasakan anda memang hebat sebagai suami, anda boleh lakukan perkara sebegini dengan segera selepas habis baca entri / post ini supaya anda dapat membuktikan andalah suami sejati. HAHA!
tips terbaik! hahaah
ReplyDeletehaha . memang terbaik !
Delete