Artikel Menarik

04 June 2012

Jika Sistem Barter Masih Wujud

Tahukan anda dahulunya sistem ini sangat terkenal sebagai satu sistem jual beli. Tukar barang untuk mendapatkan barangan lain.... itulah sistem barter namanya. Sesungguhnya batu bata dan juga buttercup juga termasuk di dalam sistem barter. Apa pula akan jadi jika sistem barter ini masih wujud pada masa sekarang ini. Agak-agak anda apakah akan terjadi? Pernahkan anda terfikir semua ini? Jikalau ya, mari kita lihat adakah sama dengan seperti penulisan di bawah ini.

1) Tidak wujudnya bank, kalau ada pun dah tentu di dalamnya bukan simpan duit.

2) Pergaduhan sesama jiran kerap berlaku akibat tidak berpuas hati dengan nilai pertukaran. Contohnya untuk mendapatkan sebijik jambu perlu ditukar dengan sebuah peti ais dua pintu.

3) Pencuri, perompak dan peragut agak begitu kompius serta keliru nak tentukan nilai barangan yang dirompak.

4) Sistem pencen, insurans akan buat akta dan pindaan baru.

5) Rumah makin bertambah banyak barang, sebab gaji pun bayar pakai sistem barter.

6) Pusat pelupusan barang lusuh tidak wujud sebab semua barang bernilai.

7) Tiada satu pun barang yang kekal kepada pemilik, semuanya sudah bertukar tangan.

8) Istilah mata duitan bertukar menjadi mata barangan.

Sistem barter ini memang wujud iaitu pada zaman dahulu dan sekarang ini jikalau akan berlaku sistem barter ini agaknya pelbagai banyak barangan serta pindaan undang-undang kena di pinda kepada yang baru supaya barangan yang digunakan untuk penukaran di dalam sistem barter ini adalah telus dan kemungkinan walaupun barang yang ditukar besar daripada barangan yang hendak ditukar tetapi harganya sama. Ia tidak menjadi masalah kecuali penukar itu tidak tahu tentang perkara sebegitu, dia sangkakan barang perlulah ditukar dengan saiz yang sama dan tidak melihat pada nilai harganya. HEHE!


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment