Artikel Menarik

14 April 2013

Lagu Nasyid Power Kaabah?

Tajuk nasyid yang agak pelik ini ialah POWER KAABAH oleh GENERASI HARAPAN.

Aku masih pelik dengan liriknya yang agak membuatkan aku kurang faham tentang mesej yang ingin disampai di dalam lagu tersebut.

Petikan liriknya yang membuatkan aku ragu-ragu ialah "Masakan Kaabah tiada power.. Sedangkan sabun pun ada power.." ditambah pula dengan berjogek-jogek di dalam video lelaki perempuan bukan muhrim/

Apakah makna semua ini yang terdapat pada lirik lagu itu? Tidak berapa nak faham sangat.

Ada ura-ura mengatakan lagu ini sesat dan memesongkan akidah.

Wallahualam! tidak berani banyak nak komen. Sila dengar sahaja di bawah ini dan jikalau baik jadikan tauladan dan jikalau buruk jadikan sempadan.


LIRIK LAGU POWER KAABAH oleh GENERASI HARAPAN :


Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Pasti ada dan telah ada…
Masakan Kaabah tiada power
Sedangkan sabun pun ada power
Power Allah itu di rumahNya

Rumah Allah di Ummul Qura
dialah yang menarik hati
ummat Islam seramai itu
untuk ke Kaabah

Kalau Kaabah tiada power
Hati-hati berbagai bangsa
ditarik ke Mekah dan Madinah
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?

Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan

Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu

Yahudi jelas melakukan khianat
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya

Allah dilenyapkan dari Kaabah
Kaabah jadi tiada power
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah

Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya
Yang hanya ada udara Yahudi
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah
dan Rasul sama sekali

Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…

Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah
Ketika Tawaf Qudum
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi
Dan Roh Putera Bani Tamim
Itulah dia Power Kaabah
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh
Menjadi peribadi Agung
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…

Wahai saudara Rasulullah
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah
Roh itu akan menyusup ke hatimu
Untuk disucikan ditingkatkan

Untuk sampai hatimu berubah
Berubah menjadi Kaabah
Maka Allah pun kekal dikenang
dan tidak akan putus lagi

Power Kaabah akan bebaskan Kaabah
Power Kaabah akan satukan Ummat
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam
Menjadi Daulah dan Empayar Islam

Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah…
Gunalah Power Kaabah…


PSST: Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk pada para ilmuwan serta ustaz/ustazah anda di sekitar kawasan anda berkaitan lagu ini kerana aku tidak berani nak komen banyak disebabkan aku dengan lagu ini pun lain macam sahaja daripada lagu yang lain.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

3 comments:

  1. pelik je lgu dia.. kmplan nsyid dri mana ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari malaysia kalau tak silap..

      Delete
    2. Klu rasa pelik x payah dgr blurr ada otak tp lembab .....

      Delete