Artikel Menarik

25 August 2012

Cuti Raya Sudah Habis

Cuti raya lagi sehari setengah lagi untuk diriku ini dan lusa bermulalah balik pengajian aku di Politeknik Seberang Perai (PSP) untuk menuntut ilmu dan mengejar kejayaan di duniawi ini di samping itu mengumpul ilmu untuk akhirat juga.

Raya tahun ini hendak dikatakan terlampau gembira tidaklah juga dan nak dikatakan terlampau tidak gembira bukan juga. Aku raya dnegan bersederhana sahaja dan segala pakaian dan peralatan raya tidaklah terlalu semuanya baru. Gunalah selagi mana yang ada dan mampu. Jikalau tidak mampu kita faham-fahamlah sendiri dan jangan terlampau ingin semuanya baru.

Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini aku telah kehilangan seorang rakan sekelas aku di Politeknik Seberang Perai kerana berlakukan eksiden di atas highway semasa arwah ingin pulang ke kampungnya Bruas, Perak. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya di atas jalan raya atas sedikit daripada Perhentian Alor Pongsu. Al-fatihah untuk arwah Izwan Kamal Bin Osmaniah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang beriman. Amin..

Pada hari ini pula selepas subuh aku dikejutkan pula bahawa abang aku kemalangan di jalan raya Seremban semasa ingin pulang balik ke Johor selepas beraya bersama keluarga aku di Pulau Pinang dan juga Taiping. Nasib baik dia tidak apa-apa dan semuanya selamat. Kemungkinan masih trauma dan sebagainya. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku lagi. Amin...

Semoga kepada semua yang ingin balik ke tempat masing-masing yang ingin memulakan pekerjaan, pengajian dan sebagainya. Diharapkan pulangkan dengan selamat dan jangan tertekan kerana cuti raya sudah habis. Apa-apa pun yang dimana memandu di jalan raya, jikalau mengantuk, slalah rehat di perhentian dan dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalan anda itu. Dan dimana menunggang motorsikal, sila berhati-hati dijalan raya dan janganlah berlumba dan menghambat masa. Perlahan-lahan janji sampai dan jangan tergopoh-gapah...

Diharap semua selamat sampai hendaknya... Amin..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

9 comments:

  1. sama lah kita..cuti dah abis...selamat masuk belajar pulak;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tuh la.. ase sekejap jerk =.="

      Delete
  2. Al-fatihah utk rakan anda.....
    Berhati2 di jln raya sempena raya ni

    ReplyDelete
  3. btol2. bnyak gler kmlngn aritu tgk spnjng nk blik kmpung. kne btol2 be careful plus be careful... hee =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. be carefull.. pandu dengan berhemah dan bukan untuk berlumba.. XD

      Delete
  4. alfatihah utk arwah...baik2 balik tempat ngaji..belajaq elok2..hehe..

    ReplyDelete
  5. Jemputan rasmi buat anda…
    Promosi sikit……hehehe
    Dijemput sertai segmen saya ini:
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

    ReplyDelete