Artikel Menarik

23 August 2012

Di Sebalik Kuih Raya

Bila tiba hari raya... antara juadah yang wajib dihidangkan ialah kuih raya... Dari dahulu sampai sekarang ini, tidak pernah ketandusan kuih raya malah indeks di pasaran kuih raya semakin meningkat. Apa rahsia kehebatan yang boleh dirungkai dari benda yang bernama kuih raya ini? Mari sama-sama kita saksikan...

1) Tidak percaya apabila dikatakan bahawa kuih raya boleh dijadikan sebagai bahan ukuran? Zaman sekarang, mana-mana rumah yang ada banyak kuih raya maka automatik ia akan dilabel kaya. Maka konformlah dan pastilah kuih raya juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur.

2) Antara beban yang paling berat hendak difikirkan di Hari raya ialah masalah kuih raya. Masalah ini lebih spesifik jika jiran depan rumah lebih banyak kuih rayanya...

3) Kuih raya juga boleh menguji tahap kreativiti seseorang di mana kemampuan untuk membuat beberapa bentuk kuih yang beza dari segi rupa paras, warna dan bentuk tetapi rasanya tetap sama.

4) Satu keistimewaan yang terdapat pada kuih raya adalah nama kuih itu sendiri. Dari mana datangnya nama kuih sarang semut dan kuih batang buruk pun tidak tahu la tetapi itulah kehebatan kuih raya berbanding kuih-muih yang terjual di kantin sekolah.

5) Menjadi satu pertanyaan kepada budak yang datang beraya. "Nak makan kuih raya ke atau nak duit raya?" Jawapannya anda sendiri la jawab sebab anda sendiri yang buat.

6) Salah satu kenangan yang tidak akan dapat dijual beli dengan wang ringgit bila terkenangkan zaman dulu yang mana semua kuih dibuat sendiri. Zaman sekarang kuih raya bole dijual beli terutamanya di malam raya... konform dan pastinya murah.

Kuih raya ini satu kewajipan ketika beraya dan jikalau tiada kuih raya memang tidak sah kerana kuih raya inilah menjadi hidangan ketika ada tetamu atau pelawat datang ingin beraya di rumah anda dan menjadi hidangan ketika rumah terbuka selain daripada laksa, mee dan lain-lain lagi...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. heheheheheh..betul wajib ada kuih raya kalau hari raya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh bro.. memang wajib ada.. kalau tidak ada tidak sah..! XD

      Delete