Artikel Menarik

23 August 2012

Terkenang Raya Dahulu

Raya dahulu dengan raya sekarang ini ada bezanya walaupun tidaklah banyak sangat, bila dikenang-kenang balik terasa macam sudah jauh perjalanan. Cuma kenangan yang ini mengikut pengalaman aku sahaja. Kalau yang lebih tua itu mungkin ada banyak lagi yang berlainan...

1) Tidak boleh hendak tidur malam sampailah ke pagi raya sebab terlampau teruja hendak pergi solat raya. Bukannya hendak solat sangat pun, sebenarnya hendak jumpa dengan kawan-kawan.

2) Rasa serono habis bila dapat baju Melayu baru dan tidak sabar-sabar hendak tayang dengan rakan sebaya. Tambah hendak lagi apabila pakaian baru itu didatangkan dengan kasut baru.

3) Datang ke masjid dengan niat hendak pekena orang-orang datang solat. Ikat selipar dia orang dengan mercun tarik. Sampai melompat mencarut pun ada apaila meletup.

4) Sanggup berbasikal ramai-ramai ke kampung berdekatan sebab hendak kumpul duit raya. Tidak ada basikal, jalan kaki pun jadilah. Askar-askar yang digeruni orang bila tiba raya.

5) Tiap-tiap pagi raya mesti ada rancangan sarkas dekat TV. Tengok sekejap-sekejap sahaja sebab bila kawan ajak beraya, terus ghaib sampai malam.

6) Rasa janggal bila tengok mak ayah bersalam sambil menangis sakan. Selalunya mak yang menangis, ayah "cool" sahaja. Tidak faham apa sebab diorang menangis.

Kenangan raya begitu banyak dan serupa seperti pengalaman yang sentiasa mengajar kita melihat sesuatu yang baru apabila kita dihadapan kelak dan kenangan itulah yang membuatkan kita tersenyum seorang diri dan kita tidak akan mungkin akan berpatah balik...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment