Artikel Menarik

23 August 2012

Fesyen Di Hari Raya

Sebut pasal raya, antara yang jadi perhatian sudah tentulah pakaian. Ada yang bertema, ada yang berkonsep, ada yang itu, ada yang ini... tetapi kalau anda hendak cuba pakaian yang aku cadangkan macam kat bawah ini, dipersilakan...

1) Bagi yag tidak suka dengan kehadiran budak-budak meminta duit raya, anda boleh memakai baju maskot gorila. Konform dan pasti mereka tidak akan datang untuk meminta duit sebab gorila tidka ada duit.

2) Dengan memakai sari, anda tidak perlu risaukan orang datang ke rumah untuk berhari raya. Cuma pastikan yang anda adalah wanita disebabkan kalau anda jantan pakai sari, memang hendak kena kaki.

3) Untuk yang hendak memeriahkan suasana hari raya pulak, dicadangkan supaya anda memakai baju badut sarkas supaya mood dan feel kelakar maut dalam diri anda timbul. Itupun kalau kelakarlah!

4) Anda jenis yang suka warna-warna ceria? Apakata anda letak TV LCD di sekeliling tubuh anda. Macam-macam warna ada dan sentiasa berubah-ubah.

5) Jikalau anda sukakan satu warna sahaja, cuba guna warna putih sebab putih itu suci macam hari raya yang suci. Jangan guna kain kapan sebab itu tandanya anda sudah mati.

Bermacam-macam lagi fesyen di hari raya ini kalau hendak dikaji dan diteliti dan anda sendiri pun boleh perasan ketika anda balik raya. Anda boleh lihat pelbagai-bagai fesyen yang ada di waktu raya ini. Ada yang pelik, ada yang segak, ada yang kemas, ada yang huduh dan sebagainya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment